Wednesday, September 9, 2009

2 hari lagi

hurm.. lagi 2 hari ja aku nak keja kat opis ni.. patu dah benti.. macam2 rasa ada.. sedih ada.. happy ada(sbb nak dok ngan husband.. yeay).. sedih la sbb nak tinggai kawan2 n opismate seperjuangan selama +-2 years.. sob2.. kat TA ni la aku mula didevelop n mendevelop diri menjadi pekerja yg berguna.. cewah.. dgn sokongan n tunjuk ajar dari rakan2 senior serta bos, aku telah berjaya menjalankan tugas dengan baik.. aku jugak telah berubah dari seorang yg sgt rendah diri, xyakin, pendiam kepada seorang yg yakin, bersemangat dan lebih suka bercakap dan bising dari dulu.. hehe.. tq kawan2(anda tahu siapa anda).. tanpa anda siapalah saya sekarang..

masih ku igt lagi zaman bujang dulu.. masa tu kira zaman kebangkitan TA Office(yeke?) laa.. keja masa public holiday.. raya.. price decreasion dan sebagainya.. keja sampai tgh malam dan esok paginya.. huhh.. sungguh mencabar.. semua tu akan ku igt sampai bila2.. semua pengalaman tu la yg mematangkan aku.. berfikir dgn lebih rasional dan jauh.. kekeke.. cam ayat poyo ja.. tp skang ni aku mungkin dah xmampu lagi sekomited dulu.. yala.. dengan perut yg boyot ni.. dah xlarat dah.. xlama lagi dah nak dapat org baru.. lagi la xdapek.. hehe.. tp aku rasa bertuah sbb pernah merasa kerja dalam keadaan begitu.. xsemua org berpeluang keja macam tu.. ya la.. kalo dengaq ja keja camtu sapa pun xsanggup.. tp dalam kesusahan tu ada kepuasan tersendiri especially kita berjaya completekan keja kita dengan baik.. hihihi

sebenaqnya lama jugak aku pikiaq untuk wat decision benti keja neh.. igt senang ka.. dekat 1/2 thn jugak la aku dok pikiaq.. setelah mengconsider pelbagai aspek, pro n cons.. so aku pun decide nak benti keja and pindah pi dok ngan husbandku kat ganu sana.. xpala.. for my muah2 husband and baby.. lepas baby besaq sket insyaAllah aku akan cari keja kat area sana la. aku percaya rezeki tu ada kat mana2.. cuma cepat or lambat ja.. aku harap this is the best decision ever.. aku x akan menyesal dgn keputusan ni.. wish me luck eh.. semoga aku menjadi isteri dan ibu yg terbaik kepada husband n our baby nanti.. amin.. hehe..

so kepada rakan2 seperjuaganku.. jutaan maaf atas segala kesalahan dan kekasaran yg telah berlaku sepanjang diriku bekerja di TA Office.. u r the best colleagues ever.. halalkan ilmu dan makan minum ya.. terima kasih semua.. jasa anda amat dihargai.. sehingga kita bertemu lagi.. insyaAllah.. good luck TA Office.. anda boleh!

No comments:

Post a Comment